Monday 24 October 2016

Family Outing

Weekends Activity With Kids, Train To KL ( Activity Jimat)

1). After DZhuhur Prayers, heading to Kepong Sentral. Parking ja kereta di sana, then beli tix to KL Sentral, then tunggu KTM bout 15 Mins. The Boys well behaved and Abg Syafiq so excited!
Asry macam biasa la, menyanyi choo choo train, so mommy pun layan kan je la. Then KTM pun sampai. Alhamdulillah dalam KTM tu kami di beri seat priority, respect la rakyat malaysia..( Clap Clap Clap)
 And The Journey Begin......

2) Dalam KTM biasa lah, kami as a parents pun excited our kids apatah lagi kan..hehehe ada 3 transit destination Kepong, Segambutt then baru sampai KL Sentral.

3). Okay da sampai pun KL sentral..Fikir kejap mau pg mana ni aaa, then mommy terus beli tix LRT to KLCC pula, time ni a bit challenging sebab turun ja dari escalator LRT pun sampai, kami pun berlari bekejaran sambil dukung anak, takut terlepas LRT, Alhamdulillah sekali lagi di beri priority seat..respect sekali lagi rakyat Malaysia..dlm LRT  ada 4 transit sebelum sampai KLCC, Pasar Seni- Masjid Jamek- Dang Wangi - Kampung Baru ( If im not mistaken la) then KLCC, sini Syafiq looks so excited sebab boleh nampak bangunan tinggi2, hehehe lepas tu masuk Tunnel lagi, sebiji macam train to BUSAN, Syafiq siap cakap takut ada Zombie la apa la...hahahhaha Asry macam biasa, dia mmg cool punya person, siap nyanyi lagi ABC lagi dengan Mommy.

4). KLCC, Kami keluar LRT nampak Busker tengah menyanyi, ooopppsss ralik kejap, layan lagu and Asry siap joget2 lagi.. Then kami pusing2 jap KLCC, round dalam Shopping Complex cuci mata jer, sebab tengah bulan kan..hahahah kata Jimat kan...! dalam KLCC Susah sikit cari makan ada ja tempat makan , tapi faham2 la shopping complex kan, a bit expensive la.. so we decided to cari makan tempat lain, sudah puas round2, x keluar pun, sebab macam hujan ja, jalan2 di dalam ja, kami masih melayan busker2 menyanyi, siap duduk di tangga lagi, anak2 pun ralik mendengar, then lepas 30 mins tu kami  pun beli tix balik KL sentral balik, kali ni ramai org ,then ambil masa sikit LRT sampai, Dalam LRT ada budak muda ni terus bangun bg kami seat, Alhamdulillah... Time ni Abg Syafiq tidur only adik ja in Action..Fuhh Mula terasa penatnya.. Sampai KL sentral, kami decided balik je terus, so i pun queue beli tix KTM ke Kepong Sentral. Kali ni queue lama sangat, org ramai mula balik dr shopping ka, jalan2 ka, Student pun banyak, adik a bit cranky maybe penat, nasi bek ada TV iklan besar tu ada Katun, so dia Joget2 bila dengar katun tu hahahahahahha

5). Sudah beli tix, kami pun tunggu KTM, kali ni lama sikit tunggu, org pun ramai, so adik kasih cas dulu minum susu, so kami anak beranak duduk di tangga, seronok pula begini, terasa bagaiamana susahnya org yg xda ada kemudahan seperti kereta, guna public transport lagi, kena berebut2
Tunggu KTM
lagi, berlari2, kena tinggal train la apa la,  So kita kena bersyukur apa yg ada ye...Alhamdulillah..So KTM pun sampai..... Dalam KTM tu kami berdiri dalam 5 min macam tu, then baru ada tempat duduk, maybe dorang x alert ke apa ke, tp kita bersangka baik ja la...adik masa ni mmg cranky sangat da, so babah keluarkan penyelamat nya iaitu gadget, sometimes, gadget ni a bit useful la, sebab time2 terdesak macam ni we have to used it tapi we have to control, dont let the gadget control u.. Chewahhhh......

6). Da sampai Kepong Sentral, Alhamdulillah, jam 1800hrs sampai kepong, so berjaya juga bawa budak2 rambut helmet ni naik train, singgah makan dulu, sebab masing2 da lapar tahap max, makan dekat2 area rumah ja...then lepas tu home sweet home...

Dalam LRT

Lesson for today,
1. Mengajar anak2 naik public transport
2. Learn how to respect each other
3. Kita Susah , ada org lebih susah daripada kita, so kita bersyukur apa yg ada....Alhamdulillah
4. Belajar Bersabar..
5.Melihat Keindahan Kuala Lumpur.. Ibu Negeri

Wednesday 8 June 2016

Kayra Nur Naylie


بسم الله الرحمن الرحيم

Kayra Nur Naylie

Assalamualaikum WBT. 

Baru mula berjinak2 nak jadi blogger. Mesti ramai yang tertanya2 kenapa tajuk nama Kayra Nur Naylie. Sebenarnya Kayra merupakan anak ketiga dan satu-satu nya Puteri sulung saya yg hanya sempat bersama saya selama 15 hari..Sedih ibarat di tusuk2 benda tajam. Hilang arah sekejap dan mencari kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

Kayra Nur Naylie Binti Muhamad Al-Barrak telah pulang ke rahmatullah pada 27 hb Meu 2016, pada hari Jumaat. Perginya Kayra pada usia 15 hari, Takdir Allah mengkehendaki, tiada seorang pun tahu pukul berapa dan bagaimana jiwa Kayra di jemput pulang kepada Allah oleh malaikat Izrael. Ketika di temui 4.11 pagi, Kayra sudah kaku tak bernyawa.

Sampai ke hari ini, saya masih dalam keadaan terpana. Seolah-olah kepala di pukul oleh gendang yang sangat kuat, dengungannya buat saya tenggelam dan timbul dalam realiti. Kadang2 hati ini terasa kuat dan tabah, adakala terasa sangat-sangat lemah. Masih cuba menerima hakikat bahawa Kayra yang setiap hari saya peluk, cium dan susukan tidak ada lagi di sisi saya. Takkan dapat lagi saya cium pipinya di dunia. Tak mungkin lagi untuk kelihatan wajah manja nya yang baru pandai mengukir senyuman manis buat kami. Semua itu dah menjadi mustahil untuk saya harapkan di dunia. Cuma di akhirat, di Syurga saja lah yang tinggal untuk daya harapkan pertemuan dengan Kayra

Macam-macam andaian saya terima sampai saya tidak mampu untuk mendengarnya. Kadang-kadang terasa bersalah dalam hati ini, tapi apa daya kita sebagai manusia melawan takdir Allah sedangkan sudah tertulis untuk Kayra anak syurga sebegitu. Bermacam-macam soalan di ajukan sampai kami tak mampu menjawabnya, Adakalanya andaian-andaian yg kami terima amat menyentuh perasaan kami. Allah pilih kami untuk menerima ujian paling besar dalam hidup ini, kehilangan permata hati yg sememangnya kami tunggu2 selama ini.

27 May 2016 - Jumaat

Tarikh ini tidak akan mommy lupa untuk selama-lamanya dan akan terpahat di hati hingga ke hujung nyawa. Di saat kami menerima jasadmu di KPJ Damansara. Mommy lemah,  Seluruh ahli keluarga menangisi pemergian mu wahai anak. Babah mu yg juga admit di hospital sama di sebab kan tekanan darah rendah di benarkan "home leave" sampai semuanya selesai. 

6 am- Setiba nya di rumah Ummi, Semua ahli keluarga, Makcik2, saudara mara sudah berkumpul menyambut jenazah dan menatap wajah nya kali terakhir, aku di papah dan di bawa masuk di dalam rumah, dan duduk bersebelahan dengan arwah Kayra. Airmata ku tidak berhenti mengalir, hati ku seolah2 tidak boleh terima kenyataan ini. Setiap jiran-jiran tetangga yg melawat tidak putus-putus memeluk aku dan memberi kata-kata semangat kepada ku. Antara kata-kata semangat yang ku terima

"Zizie sabar banyak-banyak, Kayra ni anak syurga, Dia akan tunggu zizie di pintu Syurga"
"Allah pilih Zizie untuk terima dugaan ini , sebab Allah sayang kat zizie"

Dan banyak lagi kata-kata semangat yang ku terima. Tapi dalam fikiran aku "Mampu ke aku Ya Allah", "Kenapa Aku?" Astaghfirullahalazim..aku terus beristighfar...

Semasa menunggu jenazah di sempurnakan, aku di suruh untu mengalas perut, maklum la dalam pantang, perut x boleh kosong, Tetapi aku tidak berselera..

Ya Allah....mommy melihat kamu di mandikan dan di kafan kan, amat cantik sekali kamu sayang..
Bakal bidadari syurga... Ya Allah, aku tidak tahu sama ada aku kuat atau lemah, tapi takdir sudah tertulis.. Aku redhakan kamu pergi wahai anak..


Thursday 14 February 2013

First Time Being a Wife To Muhamad Al-Barrak

Assalamualaikum W.B.T..

He he he.. Kalau Tengok blog orang lain menceritakan kisah duka khidupan diorang dalam blog kan .teringin nak buat blog sendiri...ini baru tercapai impian..


Okay, For the 1st time untuk merasmikan my blog ni.. I nak story about 1st time being wife..Tapi benda ni x boleh la story detail kan.. Its P&C.. So i just summarize je la.

On 21st of January 2012: Selamat Di ijab kabul kan di my hometown di Ranau, Sabah..At that time, I macam x percaya yang im being  a wife to my husband pada masa tu yg juga merupakan my PAKWE selama 6 years! You all tau x bercinta dalam jangka masa yg panjang is  very2  i tell you banyak sangat dugaan..Sekejap clash then get back together again..Alhamdulillah Allah S.W.T panjangkan Jodoh kami..Kami Bergelar suami isteri yang sah..

Kalau Kahwin kat my hometown, 3 Hari ngko....mau x lebam biji mata..dengan joget2 lagi.so far okay la kan.. Then da habis majlis, malam tu i sangat penat..so i tido macam x ingat dunia..My husband sembang with my family dekat luar.Then dia lapar..Tapi di sebabkan dia tgk i penat.. Dia pun berdikari.. Kesian...Then, makcik i nampak la dia makan sorang2, then makcik i masuk bilik I dia cakap " Gg, ngko biar kan laki ko makan sorang2 di dapur" I pun buat don't know jer.. Tp sampai sekarang bila teringat kan balik  i rasa regret sangat...he he


After Kenduri di Sabah, We'll going back to KL again. Sebab on the 17hb Feb 2012, majlis bertandang di rumah sebelah lelaki. So seperti yg di bincangkan with my dearest, kami mmg akan stay kat rumah MIL dulu buat sementara waktu..so i pun setuju..memandang kan my darling ni mmg mommy's boy.
So at the first time tggal kat rumah MIL,dengan siblings in law yang quite ramai la juga.. i was really kadang2 tu rasa macam.. OMG..meriah, walau pun kadang2 susah nak sesuaikan diri.. but lama2 okay..alhamdulillah..I pun x rasa sunyi if  my hubby balik kerja lewat or going to outstaion.. ada peneman di rumah..

For me, worked as staff nurse at Hospital Pantai Cheras then terpaksa travel dari Bandar Sri Damansara amat memenatkan.. u alls imagine that, i punch in on 7 am which is i have to be in hospital before 7am. I have to woke up early 5am then travel to cheras.Punch out at 2pm, tapi kul 4 pm baru sampai rumah. Kalau Shift Pm pula, I punch in on 2 pm punch out kul 9 pm tapi almost 11 pm baru sampai rumah..kalau esok AM shift, mmg xboleh bangun la jawab nya..If Night shift, panjang sikit waktu nak berehat tapi, x jumpa la husband i selama 4 days.. Mmg masa dengan husband I x der. I bangun g keje, dia still tido, dia balik kerja i pulak tengah tido.. so i make a decision to resign from PHC.....