Wednesday 8 June 2016

Kayra Nur Naylie


بسم الله الرحمن الرحيم

Kayra Nur Naylie

Assalamualaikum WBT. 

Baru mula berjinak2 nak jadi blogger. Mesti ramai yang tertanya2 kenapa tajuk nama Kayra Nur Naylie. Sebenarnya Kayra merupakan anak ketiga dan satu-satu nya Puteri sulung saya yg hanya sempat bersama saya selama 15 hari..Sedih ibarat di tusuk2 benda tajam. Hilang arah sekejap dan mencari kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

Kayra Nur Naylie Binti Muhamad Al-Barrak telah pulang ke rahmatullah pada 27 hb Meu 2016, pada hari Jumaat. Perginya Kayra pada usia 15 hari, Takdir Allah mengkehendaki, tiada seorang pun tahu pukul berapa dan bagaimana jiwa Kayra di jemput pulang kepada Allah oleh malaikat Izrael. Ketika di temui 4.11 pagi, Kayra sudah kaku tak bernyawa.

Sampai ke hari ini, saya masih dalam keadaan terpana. Seolah-olah kepala di pukul oleh gendang yang sangat kuat, dengungannya buat saya tenggelam dan timbul dalam realiti. Kadang2 hati ini terasa kuat dan tabah, adakala terasa sangat-sangat lemah. Masih cuba menerima hakikat bahawa Kayra yang setiap hari saya peluk, cium dan susukan tidak ada lagi di sisi saya. Takkan dapat lagi saya cium pipinya di dunia. Tak mungkin lagi untuk kelihatan wajah manja nya yang baru pandai mengukir senyuman manis buat kami. Semua itu dah menjadi mustahil untuk saya harapkan di dunia. Cuma di akhirat, di Syurga saja lah yang tinggal untuk daya harapkan pertemuan dengan Kayra

Macam-macam andaian saya terima sampai saya tidak mampu untuk mendengarnya. Kadang-kadang terasa bersalah dalam hati ini, tapi apa daya kita sebagai manusia melawan takdir Allah sedangkan sudah tertulis untuk Kayra anak syurga sebegitu. Bermacam-macam soalan di ajukan sampai kami tak mampu menjawabnya, Adakalanya andaian-andaian yg kami terima amat menyentuh perasaan kami. Allah pilih kami untuk menerima ujian paling besar dalam hidup ini, kehilangan permata hati yg sememangnya kami tunggu2 selama ini.

27 May 2016 - Jumaat

Tarikh ini tidak akan mommy lupa untuk selama-lamanya dan akan terpahat di hati hingga ke hujung nyawa. Di saat kami menerima jasadmu di KPJ Damansara. Mommy lemah,  Seluruh ahli keluarga menangisi pemergian mu wahai anak. Babah mu yg juga admit di hospital sama di sebab kan tekanan darah rendah di benarkan "home leave" sampai semuanya selesai. 

6 am- Setiba nya di rumah Ummi, Semua ahli keluarga, Makcik2, saudara mara sudah berkumpul menyambut jenazah dan menatap wajah nya kali terakhir, aku di papah dan di bawa masuk di dalam rumah, dan duduk bersebelahan dengan arwah Kayra. Airmata ku tidak berhenti mengalir, hati ku seolah2 tidak boleh terima kenyataan ini. Setiap jiran-jiran tetangga yg melawat tidak putus-putus memeluk aku dan memberi kata-kata semangat kepada ku. Antara kata-kata semangat yang ku terima

"Zizie sabar banyak-banyak, Kayra ni anak syurga, Dia akan tunggu zizie di pintu Syurga"
"Allah pilih Zizie untuk terima dugaan ini , sebab Allah sayang kat zizie"

Dan banyak lagi kata-kata semangat yang ku terima. Tapi dalam fikiran aku "Mampu ke aku Ya Allah", "Kenapa Aku?" Astaghfirullahalazim..aku terus beristighfar...

Semasa menunggu jenazah di sempurnakan, aku di suruh untu mengalas perut, maklum la dalam pantang, perut x boleh kosong, Tetapi aku tidak berselera..

Ya Allah....mommy melihat kamu di mandikan dan di kafan kan, amat cantik sekali kamu sayang..
Bakal bidadari syurga... Ya Allah, aku tidak tahu sama ada aku kuat atau lemah, tapi takdir sudah tertulis.. Aku redhakan kamu pergi wahai anak..